Tuesday, 22 December 2015

Epilog

Eh, nk post lagi.. haha.. dah diam! huhu..

Epilog ni ape eik??? hah, Epilog ni pengakhiran sebuah cerita. Maka dengan ini berakhirlah sudah kelas aplikasi komputer semalam bersama dengan Mr. Sempoi. ihiks ihiks..(bukan gelak, sedih tau!)
Erm, i will miss him.Sepanjang belajar dengan dy, aku xpernah bosan, sebb ade je idea dy nak cakap.. bahan orang tu perkara biase dan aku suka suasana belajar yang happy riuh mcm tu.. Dan paling aku respect, even dy huha huha mcm tu, kerja jalan beb dan disiplin serta teliti dy memg power yang amat bangat.!!! mcm ni beb(*thumbs up-berdouble triple lagi aku bgi).. Seyes dalam hidup aku, aku xpernah jumpa orang lelaki yang seteliti dy dalam pekerjaan. daebak arghhh!!!! Aku tak kesah laa orang yang nak cakp buruk sal dy sebb aku kenal Mr.sempoi aku ni mcm mne. .Pengorbanan yang dy lakukan untuk students dy.. Dy ajar kami untuk disiplinkan diri dalam apa jua pekerjaan.. sebb tu aku memilih subjek bisnes com dgn dy next sem sebb aku tahu aku baru nk belajar bertatih untuk mendisiplin diri sebelum aku betul2 dapat berjalan dengan baik dan lancar.. Masih terngiang di telinga aku ayat yang dy ckp yang kteorg ni bodoh dan itu memg betul, sebab kami tak tahu dan meminta untuk dapatkan ilmu..






Mr. Sempoi, tidak jemu untuk menjawab soalan kami walaupon berulang2 kali.. Sir, we love u..Pengakhiran bukan la setakat ini..Jangan risau, next sem, jupe dy lagi. Actually xdek pengakhiran sebuah cerita atau kesah melainkan nyawa telah diambil oleh Pencipta Alam semesta. Jika itu berlaku, baru lah ada epilog sebuah kehidupan kita sebagai hamba Allah..

Sweet memories with them..

Latihan Medan!!!!BOMMM

Assalammualaikum and monink guys..
Omaigod.. macam mane aku boleh terlupe nak post blog ni.. habeslah aku... xpela..
'Pagi yang terang, Kini masih cerah, aku adikmu'(lagu daaa). Ni akibat stress.. hahahha.. Ok, pagi ni aku nak story mory pasal latihan medan yang aku jalani selama 3 hari 2 malam di Kesatria.pada 18,19 dan 20 Dis. Seyes weh, best gile2 yang amat disamping jumpa kenalan yang baru, dapatlah rapatkan ukhuwah antara sesama makhluk Allah. :) Ok, ape je aktiviti yang kteorang buat? Mlm jumaat tu xtido langsung tau, mula2 kol 8 daftar, then dengar taklimat bagai sume smpai kol 12. Pastu soh tido, kteorg gi ar tido, tapi xleh tido sebb kesejukan tahap infiniti. kol 2.30 dyorg tutup aircond, bile sahaja nak terlelap, tibe2 bunyi siren kebakaran. Bergegas la sume keluar, ada yang menjerit "KELUAR!!! Api dah marak!!" Mana2 latihan pon cam tu, memg tak dapet la hang nak tido. Pas dah sume keluar, kteorang berbaris, ade 4 orang ni baru keluar. Kteorg kene mara la sebab xselamatkan ahli keluarga yang lain. Haihh naseb2, kene la taklimat lagi smpai kol 4.30 am. Pastu, balik bilik adeyang sambung tido, adeyang mandi, aku pi mandi sebb nk dekat azan dah, solat jemaah sekali. Keesokkannya pulak, "EXPLORANCE".  Part ni paling best, dengan ahli group cari check point, perghh, berjalan kehulu kehilir mcm org gile daaa.. kteorang praktikkan ape yang dah beljar di setiap checkpoint, klu lupe, dyorg explain balik.. memg best la,, dpt ilmu ni seronok sgt2 sebb sgt berguna. mlm tu ade mlm kebudayaan, tp aku xdpt join sebb ade citra angklung at dectar. Esoknye pula, hari penutup. Masa ni, perit sikit la kene berjemur dibawah pancaran matahari. Explorance kiteorg menang. Memg syok!!!k la.. Tata..wassalam. Belanja satu gambar..nahhhh.

Tuesday, 15 December 2015

Prolog

Assalammualaikum.. hye semua.. maaf aritu terlelap.. hihi.. So i ganti hari ni ok.. Kali ni nak cerita tentang "PROLOG".. Ade yang tahu dan ade yang tidak tahu akan maksud prolog ni. i terangkan secara ringkas maksud prolog ialah pendahuluan sesebuah cerita. Hah, yang macam novel tu, ade prolog cerita sebelum masuk babak 1. Baca x??(mesti baca kan). It's seem like prolog ni ceritakan apa yang akan berlaku dalam sesebuah cerita dalam novel tersebut. So, i bukan nak berceloteh macam dalam novel tu. I just want to tell apa prolog dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah( berbalik pada diri sendiri). Sejak kita berada dalam perut ibu, sudah tercatat segala jalan cerita tentang diri kita. Dari kita xtahu apa2 tentang dunia, semakin kita menongkah arus masa dan usia yang kian meningkat, kita akan mula belajar satu demi satu. Itulah awal permulaan kita dari mengesot hinggalah kita bertatih. Dari menangis hendakkan sesuatu hingga kita pandai bersuara untuk meminta. Itulah lumrah manusia dan ianya normal. Bagi diriku, aku mula belajar berdikari selepas dia pergi mengadap Allah. Dan bermula saat itu, aku melanjutkan pengajianku dengan harapan aku dapat mengubah nasib keluargaku dan berbakti pada mereka selagi mampu. Akan ku gembleng tenaga dan perah kudrat yang ada demi orang yang ku sayang. Bagaimana perasaan jika family meletakkan harapan yang tinggi kepada kita yang satu-satunya dapat melangkah untuk terus ke menara gading? Biarkan ia menjadi persoalan kepada anda.

Saturday, 12 December 2015

PD!!!

Assalammualaikum... Hye semua!! Say hye to me.. (Awat xdengaq..huhu..gurau2). PD tu mende ape?? Tau dak?..Krik krik.. Lambat la tunggu hangpa respond.. Pd tu nama tempat.. Ha, mesti tau,kan kan.. Port Dickson!!! Semalam aku pi sana sebab abah angkat aku datang yang dok kat kampung tu. Abah kawan aku yang dapat sama2 dekat UKM ni.. Pi sana naik KTM, Sesampainya kami di sana, Abah dan keluarga yang lain datang jemput kami. Tujuan utama pergi PD sebab nak hantar anak sedara abah yang juga kawan kami yang same umur. Kirenya kami bertiga ni bestfriend la. Apa lagi kalau tiga sekampung berjumpa, kecoh la jawabnya. Petang semalam pergi Pantai Teluk Kemang.. Ini dia pantainya:
Nampak best kan? Memang "Best" yang amat sangat!! Kami naik yang mende panjang tu (Bananaboat), At the last, pemandu boat tu jatuhkan kami dalam air, bergolek2.Naseb baik ada baju pelampung. Bukan nak kate aku ni xpndai berenang(cume xpro je).Hahahah.. Gempak namate!.>U<  Conok sangat dapat spend time dengan family even bukan family betul. Pagi tadi baru hantar Miss Loly ke Kolej Teknologi Alpha untuk pendaftaran bagi kursus BI. After that, we back to UKM. Ok done. Tata.. Nak taip lagi dekat post yang baru pulak..Wassalam

Monday, 7 December 2015

Silat Olahraga

Assalammualaikum..
hye guys.. Kali ni aku nak cer pasal kejohanan silat seni olahraga gayong yg aku join kelmarin...ouh btw, perlawanan tu diadakan di uniten.. Gempak la jugak persediaan dyorg..hampir 90 org peserta yang join.. Tapi ni under gayong Malaysia.. Ermmm.. Tapi aku main under GMI tau.. Gerak kol 6.30.. Daftar lah Team Gayong UKM.. Aku juga terpinga2 nak daftar cmne sebab pengurus GMI lambat sampai.. Xnak la disqualified.. Sebelum ni aku diberitahu untuk main untuk kategori B(50-55kg)..Game yg ke-18.. Smpai je nak turn aku tu(semangat ni), pegi la timbang, lagipon sebelum ni aku mentengkan berat aku 52kg.. Tetibe bukan name aku(terpinga aku mcm org bodo at situ). Last2 dpat tau main untuk kategori A(45-50kg)..Perghhhhh panas baiii.. Korang bayngkan la nk turunkan 2 kg dlm mase beberpe jam.. boleh pengsan beb. Nak xnk, aku kene turunkan jugak untuk game ke-47.. Dari pagi tau xmkn sebb nk turun punya pasal smpai dah xdek tenaga dah.. Tambahan budak2 gayong aku nganjing makan nasi ayam(Nak je bagi kaki). Nak dekat game dengan harapan boleh lepas dan join (dah byr kot, klu xleh main, aku nak balik duit aku).. Akhirnya, 51kg, even xlepas actually, tapi Wasit(Juri) yng baik hati, buat pejam mate je.. Daebak!!! Aku boleh main.. So lawan lah aku dengan akk senior aku sendri UKM.. Baii, dy main ganas wooo.. Mule2 seram dohh lawan, tapi sebb semangat aku lawan gak, praktikkan skill yang aku belajar. dy sepak memg kuat, dan aku boleh tepis tendangan dy(Akibatnya lebam biru smpai saat ini). At the last, aku menang untuk game first.. Mase game kedua, aku dah xlarat nak tahan sepak or tumbukkan lawan but i try my best mase tu.. Alhamdulillah dapat pingat Perak..
berbaloi la gak even tangan dan kakiku dah sengal2.. ok guys.. sambung next week lak.. ngantuk dah.. Wassalam.. Tata Titi Tutu..

Friday, 4 December 2015

NHW

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
NHW??? Dalam masa yang singkat ni aku terpikirkan tentang kewarasan akal.. NHW sebenarnya nama aku.. Tapi disebabkan Mr.Sempoi nakkan akronim.. So dipadankan dengan apa yang aku pikir, NHW(Nanti Hilang Waras).. Yes itulah mindset aku ketika. Tapi kan "I Wonder" pernah ke aku hilang waras ea?? Beb bukan GILA tau.. Perkataan nanti tu mcm jangkaan larr.Ape yang kita akan lakukan if kite hilang kewarasan akal..jawab jangan xjawab..hahaha.. Ermm, actually kite punya act akan jadi luar biasa dan dalam kate lain "gila". Kita akan pikir hanya diri kita sendiri dan anggap dunia ni kita punya.. Orang yang begini automatically akan bertindak di luar batasan.. Lain ya dengan nyanyuk.. Nyanyuk ni adalah sejenis penyakit mudah lupa(Shortwiyer)haha... Tapi klu hilang waras ni, Otak dia dah xberfungsi .dan ade dua kategori iantu sepenuhnya dan separuh ok..ia berkait rapat dengan emosi dan mental seseorg..tu dari segi apa yang aku tau la..Tapi yang best kan, oarng gila ni boleh buat apa yang dia suka termasuk kill someone..Takut x?? haha,, mestilah, tapi xleh amek ape2 tindakan undang2 pon sebb dianggap tidak tahu atau xsengaja.. ok guys,,tu jela perkongsian hari ni.. jupe mlm nt  ye.. Salam Maghrib.. Wassalam.

Saturday, 28 November 2015

The Twins

Assalammualaikum... hye guys..
ketemu lagi ya kita.. Aku nak sambung cerita pasal dekat matrik yang aitu.. Perkenalan aku dengan si kembar melalui presentation bisnes.. Actually dah lame usha..huhuhu.. Tapi kan selapas presentation tu aku berani nak tanya classmate dy yang mana kawan aku jugak... just soalan, "kau classmate ehem ehem kan?" Aku pon cakap, aku nak nombor tapi tanya dy dulu.. Then, dalam tak disangka, si dy pon nakkan perkara yang same.. beb, seyesly dy tak layan gurl sgt tau tak kira la dalam ws mahupon face to face.. Tapi aku mintak senang je dy bagi kerna satu sebb..But it is secret la.. xkan nak tell at umum kot.. Kang ade yang bahan aku balik.. hahaahah.. After that, sharing moring la to each other... And get close.. Seronok la dapat jadi kawan baik si kembar.. Dah kenal sorang..mesti kenal lagi sorang kan.. hahaha.. kiteorang satu team sofbol mase matrik.. Dari situ aku kenal yang sorang lagi.. Tapi sekarang, aku dpt contact dengan abg dy je.. kawn baik aku tu xtau hilang kemana..terus lenyap xdpt dikesan..hahaha.. xpela.. Sebagai kawan, aku just boleh mendoakan kebahagiaan dy.. ok guys.. bye.. Wassalam..Penat dah nak taip. Chow lu..

Friday, 27 November 2015

Queen Control??

Assalammualaikum..
CAmat pagi guys semua.. Pepagi bute ni la nak cerita dalam blog ni.. actually aini ngan semlam penat giler.. Tapi ku tetap gagahkan diri untuk menuntut ilmu.Alhamdulillah Allah beri aku kekuatan pada hari ini..(Feel Blessed)...Erm,ohye kiteorang men undi HURUF tau.. setiap sorang pilih satu dan kene cepat.. disebabkan aku lambat pilih, aku amek huruf yang ramai orang xnak iaitu "Q".. So, dapat idea nak citer sal Queen Control..Sape Queen control ni?? Aku?? eh sori sikit, Aku tak suke dikongkong apetah lagi nak mengongkong orang.. I am not Quenn Control ok..Aku kan friendly..hihiks.... ok ok dah melalut dah ni.. Back to our story.. During i am Form 5, kawan aku yang pernah menjadi jiran lame aku. Nak kata budak hot la jugak.. Kiteorang gelar dy Queen Control.. nak tau sebb ape.. jeng jeng jeng.. Pakwe dy tu kawn baik aku dan pernah menjadi pkwe aku.. tapi sekejap je disebbkan aku rase xselesa dengan relay tu..Cer korang imagine klu pndang perempuan lain pon xleh.. beb..xkan la 24 jam nk pndg muke dy je.. tolong la.. xdek life ..Aku kesian at kawn aku tu.. nak wat cmne, dy yang pilih.. Aku nak bgi nasihat pon xleh sebb masih panas.. haha..whatever lar..Dyorg same kelas.. So senang la si gadis nak kawal kwn baik aku tu..Queen control ni lak, anak buah pengawas aku dan dy tau pasal kteorg dulu.. tak kesah la dy nak ckp ape.. tp yg xleh blah, klu gadoh,. abes ketat muke sesorang..Kuat giler cemburunye.. sikit2 nak tengok fon.. cek segala bagai...whatsap,mesj semua tu..takut mesej n gurl lain. aduiyaii.. sedih tgok keadaan tu.. pas abes spm.. Queen Control tu ikut ayah dy pindah.. sebulan pas tu, xdek khabar ape pon.. Merana kwn baik aku tu..tub2 dy dah ade yg lain di sane.. Naseb kau la teman.. Aku always suport kau.. Klu jodoh Tak kemana.. If dy Pergi dri hidup kau, mungkin Allah hadirkan yang lebih terbaik untuk memecahkan sunyimu..huhu..ok la.. ngantuk dah.. bye  bye..Wassalam..

Monday, 23 November 2015

Peristiwa di Matrikulasi :)

Assalammualaikum...
Hye semua.. apa khabar?? aku hampir terlupa untuk menulis artikel or nak story mory dekat page blog ni... ermm.. tak nak celoteh banyak hari ni, saat ini dan ketika ini nak cer pasal aku dekat matrik dulu.. huhuhu..aku adalah sorang kawan yang rapat mase sem satu.. girl tau. nama dirahsiakan.. Budak cameron .. kteorang same blok, same kelas tapi berlainan set.. tak paham ea?? apa laa.. satu kelas ade 2 set, A&B.. aku A dy B..rapat la,pergi kelas same2.. sweet kan..jangan jeles.. tapi nak dekat akhir sem, aku dah mula renggang dengan dy.. aku merasekan dia nak jauh dari aku dan aku pon baru tau, dia juge merasakan perkara yang same.. WEIRD!!..manekan tidak, set lain, boleh rapat dengan yg lain kot..hati boleh berubah beb.. not at all kiteorg berkepit ok.. then nak settlekan,, aku pon pergi berjumpa face to face.. tanye why kte makin jauh.. (Jauh terbawa lukisan hatimu...nak menyanyi pulak).. then baru tau.. silap kami same2.. Dua-dua ego..maybe... aku baik tau at matrik(tipu jerrr, padahal nakal yang amat)..hihi.. mase sem satu nak dekat last2 tu,, aku ade usha sorang mamat ni.. dia kembar dekat matrik aku dulu.excited wei ade kembar...eh jap, xbgtau pon matrik mane..aku matrik perlis.. JAUH BAK ANG, dari johor kot..selatan pi utagha!!..persahbatan kami bermula dengan presentation business..haha,.. subjek business yang menemukan kami..padahal kuliah same....part yang ni kelakar dan agak sweet la bila ku terkenangkan kembali peristiwa lampau.. nanti la smbung cer part yang kononye "CAWIITTT TUU".. bye.. ade kerja.. alamak esok lab test!!! Doakan aku ye.. Wassalam..

Wednesday, 18 November 2015

Em0Si !!!!!

Assalammualaikum.. Hye Semua.. Jumpa lagi minggu ni.. Pagi bute ni aku nak beremosi.. Pada ketika ini aku ase macam2 perasaan yang hadir dalam diri aku.. Seharian hari ni bermain dengan emosi aku start dri pagi sampai lah saat ni... Ok Aku nak buat pelik sikit..aku nak start cer saat ni mende yang dah berlaku ketika sekarg ke pagi tadi.. it is like menentang arus waktu laa..ok.. Tadi aku kuar, ingat nak kuar makan santai2 la dengan kawan dua orang tu budak uniKL.. tetibe ade perdebatan aku dengan Mr.Printer dalam kete.. naseb baik mem aku xdgr gi tuang minyak.yang ade adik aku je.... beb, dulu kau cakap tak kesah bergurau.. ni pehal pulak nak emo bagai.. Aku just tye asal kau pangai budak2 je kot.. salah ke?? Susah la nak paham kau Mr.Printer. Aku bergurau je pon.. Sory la bro... seyesly, aku terase tadi. tipu la aku xterase.. aku pon manusia, ade perasaan jugak kot. Dengan kau tunjuk sikap mcm tu menampakkan kau xmatang langsung pasal kehidupan...ok stop.. continue petg..haish..meeting petg tadi xdtg...huhuhu.. Naseb baik xkuar, guruh kuat giler.. MasyaAllah.. Debaran yang sangat genting apabila mendengar petir berdentum.. aku risaukan roommate aku yang keluar atas urusan kerja berkumpulan...Macam kucing hilang anak aku dibuatnya.. sapa xsyg roommate wei.. Tempat aku bersembang dan kongsi masalah.. Ok settle part petg... PAgi tadi beb.. perghhh, mempengaruhi emosi jugaklah.. Kelas first, tengok lecturer yang aku syg moody.. beb, sebb sorg budak dy moody dan aku tau siapa budak tu...haishh.. satu matrik ngan aku dulu.. Tutup la pasal tu..aku memg rase bersalah pasal powerpoint... join group mentor pon mase cuti.. satu info sebelum cuti, satu habuk pon aku xdpt.tak tahu pape pon wei even aku memg dah ade idea sebelum cuti ..dah mcm2 aku plan nak buat yg gempak utk video dan presentation nt..Hope Allah S.W.T. permudahkan bagi group aku capai visi aku tu dan juga kumpulan lain.... naseb aku tukar,offer diri nak bagi komitment as ketua.. sory sgt2 pasal tu...Dan betul kata Mr.Sempoi, kau xkn jupe lecturer yang ingat semua nama student dy... seyes aku syg Mr.sempoi as lecturer aku lah...Persis dengan cikgu lama aku yang aku paling rapat at sekolah.. Caring dy xnmpk melainkan org tertentu..Honestly, aku suke bila dy bahan aku dalm kelas sebb aku akan rase aku wujud dlm kelas tu dan disygi..huhuhu..seyes la.. ase disayangi kot.. dy sebut nama aku dalam kelas.. beb, sape xsuke nama disebut2 oleh lecturer.  Ya Allah, engkau lembutkanlah hati Mr.Sempoi kami. kembalikanlah keceriaan dia seperti waktu first kelas kami.. Ya Allah, mohon juga ingatkan aku terhadap dia, lecturer aku seperti aku ingat guru2 ku sebelum ni dan hindarkanlah sifat sombong dalam diriku... Insha Allah aku xkan pernah lupa dan sombong pada orang yang telah berjasa pada aku.. bantu aku time susah.. aku akan ingat dyorang semua.. Amiinn.. ok la.. nak sambung stay up mlam.. bye semua.. Maafkan kesilapan, kealpaan, gurauan aku..mungkin ade terase dengan aku.. Wassalam

Friday, 13 November 2015

Simple Pizza

Assalammualaikum... Hye guys..
Aini nak share resepi pizza.. Ade sesetengah orang pening nak buat doh yang lembut.. hek eleh.. easy la beb.. huhuhu... Bahan-bahan yang diperlukan:
>Tepung Teriagu(Gandum biasa pon boley) 1 cup tau
>Instant Yeast satu sudu teh*
>Susu Cair 150ml(suku cup tadi)*
>Gula satu sudu makan*
>Garam satu sudu teh*
>Minyak satu sudu teh( bukan minyak diesel)huhuhu*

Step dy yang first.. campurkan semua yang bertanda *. kacau sebati dan biarkan selama 3 minit sehingga menampakkan buih. Tu nak menunjukkan yeast telah aktif..hahahahha.. then tuangkan ke dalam bekas yg berisi tepung.. then gaul sebati sampai jadi doh. tutup dengan kain dan biarkan selama satu jam untuk doh mengembang.
Bila dah jdi mcm dalam gambar tu.. Then gelekkan samapi jadi leper..Next, paling simple.. Topping dia.. Letakkan la whatever u want .. Macam aku, aku letak buah paprika, sosej, cheese mozzarella, sos, meyo, ayam dan etc.. Last sekali masukkan dalam oven pada suhu 200 darjah celcius dalam amsa 20 minit.. guna api atas bawah tau.. ok guys.. selamat mencuba.. Jumpa lagi ya next week.. Bye..Wassalam..bElanja satu gambar pizza..

Thursday, 12 November 2015

CuTi

Assalammualaikum.. Hye semua(lambai tangan) huhu... Jumpe lagi guys.. Aini topik perihal cuti... nak citer cuti yang the latest one or cuti yang lama??? klu yang latest ni,, sekarang la. i tengah cuti midsem. Tapi tak kemana pon.. dok terperap je dalam umah.. Almaklum, motor xdek. bak kata teman i, dok mereput la at uma.. hahahaha.. Nak citer yang lama dulu la.. Mase cuti pas spm kan lame dalam 5 bulan.. so macam2 la aku buat selain aku bekerja dekat stesen petronas ayah angkat aku... ouh.. Aku rindu giler at ayah yang aku anggap ayah aku sendiri...ermmm(feeling emo)...Mase cuti tu, aku belajar main gitar.. dan sekArang bolehlah main untuk hiburkan hati sendiri je.. Gitar tu pon pemberian hadiah seseorang kepadaku..Ermm..apa khabar dia sekarang ye??? hah..malas la pikir..ohye..lagi buat ape eik.. ohye.. paling best mase pergi berkelah dengan family dekat kuantan..kteorang pi air terjun dekat kuantan "AIR TERJUN PANCING".. tapi sekarang xtau best lagi ke x tempat tu...ouh.. Rindu nak gi mandi air terjun tu... Tapi apakan naseb.. xdek orang nak bawakkan..huhu.. xpela.. maybe next time.. ok lahhh.. nak chow dulu.. yang ni xleh belanja gambar..say sorry ok..daa..Wassalam

Saturday, 7 November 2015

Polis Evo Bravo!!!

yuuuuu huuuuuu... hello.. nak tulis lagi larr.. semalam ite tengok citer tu ha.. "polis evo" conok ar tengok citer tu. Gabungan aksi zizan dan Sam. Dua2 ite cukee...hihi..yang kelakarnye kan, part mase zizan berlakon jadi orang siam.. sawadikap tu..  seyes arh best citer ni.. Sam ni seorang yang serius dalaam bekerja tapi zizan ni jenis suka cakap besar. Sesuai sangat jadi partner.. Abang ite nak tengok giler citer ni, excited nk beli dvd.. ite tengok dalam laptop ni je.. search je dlam FILM4U.. ade je the latest one punya citer.. So itew layan la ngan akak kesayangan kite sampai gaduh..dy soh stop kejap sebab nak amek air.. betol2 xnak miss tuh.. haiyooo pening ite ni..senang je kan layan citer ni dlm laptop je..dunia dah canggih kan.. di hujung jari je.. kiut miut la tengok Nora Danish tu... Comel jee... Mr. Sempoi dalam kelas aplikasi kom ite tu suke la kalau yang jenis tomey2 ni.. tak abes2 dengan ucapan dia, klu xtomey, aku xlayan.. jangan masuk kuliah aku lah...hahahah... but he's nice person.. Lecturer yang bagi ite sempoi giler dan baik. ok smbung balik.. Aku xtau kenpa polis evo..evo tang mananya..hihihi..padahal aku xtau pon maksud evo tu ape.. saje nak sodapkan bunyi tambahkan bravo.. jadi la vovo gitu...huhuhuhu..So nak tau best ke x, moh lerr kite tengok Polis Bravo..eh silap..Polis Evo..huhu

N@FSu

Assalammualaikum...
Sidang pembaca yang dikasihi Allah S.W.T. sekalian... Hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit pengetahuan berkenaan dengan "Nafsu"Wujudkah nafsu ini dan dimanakah nafsu itu berada????. Nafsu terletak dalam diri manusia tetapi berbeza pembahagiannya bagi lelaki dan wanita. Perempuan mempunyai 9 nafsu dan satu akal tetapi lelaki ada 9 akal dan hanya ada satu nafsu. Satu nafsu itulah yang bahaya bagi lelaki kerana bila ia datang amat sukar bagi lelaki untuk mengawalnye..Dalam ajaran islam, nafsu itu bukan untuk dibunuh, melainkan untuk dijaga dan dikawal. Tetapi Rasulullah SAW sangat menekankan tentang adanya jihad yang batin, maknawi atau jihad melawan nafsu. Tiada peperangan yang lebih besar melainkan peperangan melawan nafsu. Nafsu ni banyak actually macam nafsu makan, nafsu shopping, dan banyak lagi. Melawan nafsu ni memang susah. bukan memang, sangat susah sebenarnya. Maybe kalau kita nampak nafsu ni, boleh la nak sentuh dia macam manusia, dah lama kan kita bunuh,tapi nafsu ni ada dalam diri kite dan menguasai seluruh tubuh kita. Nafsu ni lebih jahat dari syaitan. Syaitan xdapat pengaruhi orang kalau xmeniti di atas nafsu.Nafsu ni boleh nak dikatakan as highway untuk syaitan. If nafsu dibiarkan akan membesar, makan semakin luas highway syaitan. If kita dapat perangi, maka tertutuplah  jalan syaitan dan xkan dpt pengaruhi jiwa kita.  Musuh yang paling utama ialah nafsu. Ada satu cara untuk kita rendahkan dan tundukkan nafsu kita. Di dalam kitab Al-Quran ada menceritakan tentang nafsu yang tunduk pada Allah SWT apabila disuruh untuk berpuasa. Ya berpuasa, dengan puasa kita boleh tingkatkan kesabaran dalam diri sebab kita menahan diri kita dari makan dan minum.. Subhanallah.. baiklah itu sahaja ..Wassalam

Monday, 2 November 2015

Indah Bukan terLeT@k Pada Luaran.

Assalammualaikum...

Selamat menjamu makan malam ye semua.. Sambil2 makan ni, nak story sikit pasal tajuk kat atas tu.
Ni nak story mesti korang pikir berkaitan dengan CINTA kan??? Actually yes, of course larrr ade kaitan dengan "CINTaNN CINToNN".. Orang zaman laa ni kan.. majoriti akan tertarik pada keindahan luaran je...Jadi aku tak hairan lah if hubungan korang tak kekal lame bagi pasangan yang konon pada mulanya feel in love.. Aku bukan nak bagi sentap tau..Tapi aku cer pasal kenyataan... aku tekankan at sini memang REALITI kehidupan masa ini.. Bila nampak dahi licin je mula la nak usha.. bila dapat usha, xlama clash.. Hellooo ingat jalinan ukhuwah tu perkara main2 ke.. Kita nak jalinkan hubungan silaturahim sesama makhluk ALLAH biarlah ikhlas, baru xdek keretakan dalam perhubungan tu.. sebab tu ade orang dulu2 cakap..tak kenal maka tak cinta.. even dy xcantik sekalipon, tapi hati budi dia indah, akhlak dia baik..itu adalah sebaiknya untuk dijadikan teman hidup...ok wassalam

Friday, 30 October 2015

M@k@n@n___Slurpp!!!!

Assalammualaikum...
Hye guys!!! Dah pagi bute ni mule la perut nak mainkan lagu jiwang.. erm.. kalau nak cite pasal makanan ni.. banyak beb jadi favourite aku... Tapi paling aku gemari >>> ni ha "Kueh Tiow".. perghh..dah banyak destinasi aku try kueh tiow goreng dia tapi tak setanding dengan kueh tiow goreng kat pasar malam tempat aku.. Ramuan ape la yang dyorang pakai.. Turun temurun kot.. Aku akan alami situasi di mana bila nak pergi makan kedai, aku akan pikir semasa dalam perjalanan. Persoalan yang pertama 'Aku nak makan apa jap lagi??' even aku set mind nak order nasi goreng ayam la nt, tapi bile smpai konpem wei, lidah aku akan sebut kueh Tiow.. Waduhhhh, sampai aku sendri pon xpaham with myself. tak bosan ker hadap mende yang sama tiap kali makan kedai sampai mak aku marah aku kot soh order mende lain...Serius, aku xtau nak order ape selain kueh tiow. But dah duduk ukm ni. Aku xorder dah mknn tu lagi sebab ape.. aku dapat kuantiti yang xmemuaskan dengan harganya yang mahal dan tak kenyang weiiiii... baik beli at kawasan rumah aku..puas hati.. Rindu masakan warong Atan. So, sekarang ni aku minat beli NAsi Goreng Chicken chop dekat kkm..weyh.. puas giler dan memang kenyang!!!..Try la makan!!!huhuhu..Dulu masa dekat matrik tak habes2 dengan Nasi kamdar.. serius sedap.. Tapi sesedap mane pon makanan yang dyorang masak xkan mampu mengalahkan masakan air tangan seorang ibu... warghhhhhhh:( .. tak sabar nak balik..Rindu masakan ibuku..Sabar.. berapa hari je lagi kan...hihi..ok la Tido dulu..tata titi tutu..Wassalam.

Saturday, 24 October 2015

@Lh@mDuLiLL@h :) (SUKEM)

Assalammualaikum teman-teman.
Semoga Allah merahmati ke atas kamu pada hari ini.;)


Pada hari ini, 24 Oktober 2015. Aku dan team aku beroleh kemenangan dalam sukan sofbol. Beroleh tempat ketiga.
Hari ni best gilerrr lawan, puas hati sangat2 sebab setiap orang main peranan and better than minggu lepas punya game. 3 in 3 out kot hari ni main. Memang tak disangka masa lawan dengan KAB, kiteorang kejar mate 11-9. Tapi kan paling terharu, tukang support la.. Team Kajai n KKM saling support antara satu sama lain. And yang paling kelakar, kteorang beroleh kemenangan bersama. KRK&KKM. Guys!! seminggu sebelum game, kteorang train bersama2 dan tub2, dapat kedudukan yang sama. TERBAIK ARHH!!!!! Mase game first sedih, xdek orang support langsung kajai-_-. Mase game KKM vs KPZ. dyorang kalah tau and manager dy jumpa aku cakap macam ni " Yong, kteorang letak harapan team kau untuk pergi Final, bawak semangat KKM". Perggghhh , besar harapan dyorang. Second last game, KRK vs KTDI.. ha yang ni sengit giler perlawanan, first pusingan kteorg xbagi mate at dyorg. Hamek kau! then second game 3-3. seri tau! masuk la pusingan ketiga(game kteorang lama, sepatutnya dua pusingan je), guys, mase last tu, nak menang dah ni mase batting , dua dah down, tinggal satu je lagi, aku la tuhh. Aku pon geram punya pasal bola Pitcher tuh, hamek kau!outfield aku kasi. Nak home run la ni, then aku lari lahhh, nak smpai home dah ni...tub tub, akhirnye bola at catcher depan mate aku, nak xnak aku kene patah balik.. beb, licin wei kasut sebab kasut sport yang bese je, then aku jatuh dan kene tag. then 'OUT'. Aku rasa sayang giler tadi, klu teruskan pon ok dah. Tapi catcher dy memang hebat catching. So kay la.. empayar pon dah terkejut ni, klu dpt homerun tdi, kene pusingan lagi la.. masak wei.. tapi xpe. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana beroleh kemenangan dan dapat jalinkan ukhuwah yang lebig erat kami satu pasukan kajai dan dengan team KKM. ok, continue next week.. ketemu lagi ya.. Wassalam


Wednesday, 21 October 2015

Ses@L -_-

Assalammualaikum..
Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Hari ini aku ingin menceritakan perihal "Sesal". Ada kaitan dengan jerebu. Jerebu??? Ramai yang wonder why bagaimana jerebu boleh berlaku. Dari segi saintifiknya, Jerebu ialah satu fenomena di mana habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul di udara, menyebabkan jarak penglihatan yang semakin berkurangan.Ia akan menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya sistem pernafasan. Jerebu berlaku disebabkan kejadian alam atau perbuatan manusia sendiri seperti pembakaran terbuka boleh mengundang kepada jerebu.
Seperti yang kita nampak pada hari ini di Malaysia, tahap pencemaran udara berada dalam kategori yang merbahaya. Lihat gambar dibawah:
                                          (Kuala Lumpur)

Nauzubillah... Teruk kan?? Skala ini di bawah menunjukkan klasifikasi yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

IPUTahap Pencemaran Udara
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301+Merbahaya

Wahai  sidang pembaca yang saya kasihi,
Pada hari ini, adakah kita sedar bahawa disebalik jerebu itu, tersirat satu amaran dan teguran buat manusia di muka bumi. Bagi orang islam, mereka percaya akan berlakunya "Hari Kiamat". Ya! Jika kita perhatikan dunia masa ini, kita sebenarnya sudah semakin dekat dengan Hari tersebut. Adakah kita telah bersedia untuk berhadapan dengan hari itu??? Mari kite renungkan sebentar, manusia kini terlalu mengejar duniawi. Cuba kita tanya dalam diri kita. Selama aku hidup ni,apa yang dah aku sumbangkan untuk agama Allah??Astaghfirullah, satu baris ayat yang sangat bermakna, pertanyaan yang xmampu untuk kite jawab. Apa yang cuba saya terangkan di sini bahawa kejadian jerebu ini adalah salah satu perkara di mana kiamat sangat dekat. Kiamat akan datang sewaktu asap berkumpul di bumi selama 40hari. Bayangkan dalam keadaan yang kabur ini , apabila ia sudah hilang dan jelas, kita dapati bahawa matahari telah bertukar kedudukan. Nauzubillah, bagaimana kita nak hadapi perkara itu. Sebagai seorang mukmin, kita tahu akan maksudnya jika matahari berubah arah yakni amalan kebajikan yang kita lakukan sudah tidak dikira. Kalau nak menyesal,menangis sampai banjir pon dah xdek guna dah. Jadi marilah semua ambil iktibar. Sedarlah bahawa kita tak lama dah. Bumi ni dah terlalu uzur. Peringatan buat diri dan juga semua. Lebih baik menyesal sekarang. Belum terlambat lagi saudaraku sekalian. Menangislah sekarang dengan taubat kepadaNya. Dari Dia kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali. Marilah sahabatku semua, kita muhasabah diri kita. Janganlah terlalu leka dengan dunia ini sebab tu semua hanya sementara. Dunia ni tempat persinggahan. Aku sayang anda semua sebagai saudara sesama islam, Jadi, ambil lah peringatan ini buat kita bersama2 ya.

“Dunia adalah tempat ujian, di mana ia merupakan tempat dalam menentukan kesudahan hari akhirat.”

Friday, 16 October 2015

BeB@n!!!!!

Assalammualaikum, mornink guys.!!!

Marilah bersama2 kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana kita masih bernafas untuk hari ini. ALHAMDULILLAH.

Baiklah, minggu ni aku diberi tajuk "Beban". Apa yang aku nak story pasal beban??  Beban, bagi aku beban ni satu tanggungan yang kau rasa berat untuk kau pikul dan laksanakan. Ok, aku story pasal beban yang aku tanggung ye. Dalam family, aku paling bongsu, Aku dah bagitau dalam blog sebelum  ni. Dan aku akhirnya berjaya menjejaki kaki di alam Universiti untuk sambung menuntut ilmu daripada adik-beradikku yang lain yang tidak berpeluang untuk sambung belajar. Apa perasaan kau bila family letak harapan yang tinggi pada kau? Mesti kau rasa beban kan nk pikul... Bagi aku x!! Aku anggap tu sebagai tanggungjawab aku ke atas family aku. Aku ingin menjadi salah seorang anak yang boleh mengubah nasib keluarga. cuma sekarang ni terasa bebannya bila aku terlalu aktif sama seperti sebelum ni mase aku di sekolah n di matriks dulu. Aku sekarang tengah training untuk sofbol. Hari Sabtu dah nak fight. Aku jadi coach untuk team aku. dengan blok n sispa lagi..belum termasuk dengan pelajaran lagi.Setiap daripada tu aku ada jawatan(tanggungjawab) yang aku kene laksanakan.. seyesly beb aku terase beban sangat dalam diri aku. Aku rasa mcam xdek mase nak study.padahal exam nak dekat dah..akhir bulan ni kot..terkejar aku boleh mengah ase.. kau bayangkan nak bagi komitmen yang tinggi dalam semua perkara. Honestly aku bagitau, kadg2 aku rasa xmampu and terbeban gilerr..Gila la aku cakap klu aku xpernah mengeluh... Tpi ALHAMDULILLAH Allah permudahkan urusanku. Tahu x sebab ape aku boleh ikut je angin dia. INI SEMUA BERGANTUNG PADA NIAT KAU TERHADAP SESUATU PERKARA. Macam aku lah, aku train sofbol turun padang, niat aku train dyorg bukan lah untuk kemenangan semata2, tapi aku nak share ilmu aku pada dyorang. Macam aku cakap sebelum ni, kemenangan n kejayaan kau, xsemestinya kau ni hebat.... Jadi yang pertama Nawaitu kau kene betul.!!! Beban?? kau janganlah anggap sesuatu kerja atau tanggungjawab tu sebagai satu beban. Tapi anggaplah ia satu ujian n dugaan dalam hidup kau. Sebab kita xtahu hikmah disebalik semua tu. Aku berpegang pada satu prinsip dimana ia merupakan ayat AL-QURAN yakni Dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 mengatakan bahawa:

Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) "Ya tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau salah. Ya tuhan kami, Janganlah Engkau bebankan kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang  yang sebelum kami. Ya tuhan kami, Janglah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup  kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

Wednesday, 14 October 2015

Per!h@L SeM@l@m

Assalammulaikum kepada warga pembaca yang  di kasihi..

Sebelum mata mula beradu..huhu tido sunat., aku ingin menceritakan apa yang terjadi semalam. Dan aku anggap ini adalah dugaan buat diriku dan peringatan untuk semua. Sila ambil apa yang akan aku ceritakan ini sebagai iktibar. Pagi mcm biaselah dengan Mr. Sempoi. Ada je topik untuk dijadikan bahan gurauan.. Aku jenis xkesah pon dgn dia tu. The next class was so bored and mengantuk..adat la tu ye..huhu.. mungkin sebab Lecturer asyik cakap je kot sorang2.,but she is really nice person.,lembut la kirenye. After keluar kelas dia, aku berkejar nak siapkan assignment akaun untuk submit today dekat surau. Fuhh, sejuk giler, ase macam dekat UK. Then, aku keluar selepas siapkan task. Aku rasa mcam bling bling tingtong. mungkin sebab perbezaan suhu antara persekitran..yela, manakan tidaknya, dri tempat sejuk terus ke warm environment. Boleh demam tau x!! Dah antar task, kononnya nak balik. tggu bas, otak jadi blurr sungguh, xterpikir pon bas Zon 2 akan berhenti smpai Zaba. terlelap dlm bas, terpinga apesal semua dah turun ni.. so bergegas la turun smpai buku Akaun tertinggal dlm bas..Mahal tau beli... then kene turun bukit, ade bas lagi Zon 6. ingat lalu Kolej aku. aku pon dengan selambenye naik la.. Last2 terus pergi KTM.. alahai, kene tunggu 30 min. Ape la aku ni, mamai kot plus pening kepala. akhirnya sampai Kolej dengan perasaan sedih buku hilang. Lepas solat, ade org ws, ckp pasal buku. ALHAMDULILLAH.. Allah permudahkan urusan aku. aku dapat semula buku tu ..terima kasih kepada ihsan yg baik hati... Jadi dekat sini aku nak tekankan, Apabila kamu didatangi dengan kesusahan atau kepayahan, anggaplah ia sebagai ujian Allah buat kamu dan dugaan dalam hidupmu. Sesungguhnya Allah ingin menguji kesabaranMu dan DIA tak meminta kamu apa2 harta kecuali doa kepadaNya. Jadi jika kita anggap sebagai dugaan, automatik, kita akan berfikiran positif terhadap perkara itu. Masa aku hilang buku, aku just anggap" jika buku itu tidak datang balik kepadaku, sesungguhnya itu adalah milik Allah. Dan aku hanya meminjam termasuk nyawa aku.Jadi aku redha dengan dugaan yang diberi.. Allah berhak untuk tarik semula pada bila2 masa yang DIA mahu.. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi sesuatu dugaan kepada hambaNya melainkan hambaNya itu mampu mengharunginya". Jadi, ingat Tuhan kita sentiasa ada tak kira pada waktu senang dan susah,,kita perlu ingat pada TUHAN pentadbir alam semesta. SUBHANALLAH

Sunday, 11 October 2015

L@DIeS!!!


Assalammualaikum.. 
haiiyaaa ladies and gentlemen haa..ari ni wo malu celita..-paham x?? ok xpaham ea? ari ni wa nak citer sikit. Pagi tadi wa ade dua program, satu senamrobik dekat tasik Cempaka bersama ahli keluarga silat Gayong. Tapi wa lebih memilih untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga baru. Nampak x gambar atas tu!! tu la family baru wa dalam game "SOFBOL". Wa dilantik secara tidak langsung untuk jadi coach memandangkan xdek senior dah dalam kolej wa untuk game ni..sedihh wooo!! legend kami sudah grade. So nak xnak wa lah yang kene train dyorg. Pagi tadi kiteorg buat game. Ada dua kolej, kolej wa & KKM. Tapi sayangnye, tak dek sorang pon tahu peraturan sebenar dlm sofbol..meaning to say la, untuk jadi empayar. Ada ja budak sukan lelaki waktu tu, pon xtau jugak. So, wa lah jadi empayarnye dan dlm mase yg sama, wa explain cara nak main. Kita janganlah kedekut ilmu. ye dokk??haha, sesetengah orang, sebab nak menang punya pasal, just share untuk team dy je. Bro and Sis, wa nak kasi tahu sikit, kemenangan xbermakna yang kita ni tak hebat. Sebab kadang2 ikut nasib jugak kan. Tapi best lar, bile wa dpt share ilmu main sofbol ni, wa rase puas. Ingat tau, lagi banyak kite memberi, lagi berdouble triple yang kita akan dapat. Wa ajar orang dan wa juga belajar untuk paham team wa macam mane untuk buat strategi. Training waktu petg tadi kire buat yang santai je. Have fun je..!! Then Mr.P ade datang tengok tau. Wa xdek la segan mane n dy. Lagipon dy dah tahu kot wa ni macam mne..haha. Show the real of you. Jangan jadi Hipokrit ye..hahaha..deep meaning tu..  Ok lah..stop la smpai situ.. Badan pon dah lenguh.. Nak sambung buat assignment..bye! Jumpa lagi ye Ladies and Gentlemen. Tajuk Ladies tu sebab budak aku suka panggil nama tu..huhu..tata titi tutu..

Saturday, 10 October 2015

10.10.

Assalammualaikum and selamat malam.. ... 
Hari ni aku nak share pasal tittle "10.10."... amende '10.10.' tu??? tu tarikh hari ni la...10 Oktober kan...okey.. Pertama-tamanya aku nak cakap  hari ni best gilerrr... macam ni haa(thumbs up)!!!!kihkih.. Tarikh 10.10, aku buat aktiviti jungle tracking tadi tau.. abes tangan aku calar balar... aduiyaii...luka at tangan..pedihhh(muke tahan sakit).tapi xpela dapat menghiburkan hati yang lara..haha..gurau je.. mase jungle tracking tadi, aku mandi lumpur kot, balik ni je dah dua baldi aku salin sebab nk buang lumpur tu.. actually ni kem interaksi ___. Next, EXPLORACE. mase ni group aku geram dengan sorang mamat ni(senior kteorang). Macam biasa lah, each group diberi belon untuk dijaga, abes checkpoint yang first, kteorg gerak cari yang second. kteorg nampak ade senior dok situ pegang kertas. So, pergilah tanya, "checkpoint ker?", dy blur tp angguk. Padahal kteorg kene tipu kot dan dalam mase yang same, belon disabotaj kejamm, ditepis tangan and then belon pon pecah. geram bak angggg!!!! haha, aku pon cool down kan budak2 aku.aku geram gak, ase nak tibai je dy. tp bak kata "MR. SEMPOI" ,kene la rasional even sebelah je..huhu..Lagipon, mende dah jadi kan, xleh nak buat apa lar. Just go on with other station and finish it to the end. Mase last checkpoint, kteorg kene berlakon. Tajuk dia"PLAYGIRL".. wooo, seyesly, aku xpernah berlakon gedik.. Aku rase macm, eh aku ke tadi??. seyes weii lawakk bhai. Tambahan dpt budak group yang giler2 jugak.. so memg menjadi la perwatakan kami..Semalam pon berlakon juga tajuk 'KAYU'..JOHAN BEB!!haha..sir ooo sirr.. johan xpenting kan??haha..yang ni yang penting 'KOMITMEN'!! So, konklusinya, apa yang aku dapat dari kem ni, dalam kite membina sebuah ukhuwah yang kukuh, setiap orang perlu memainkan peranan masing2. Setiap orang dianugerahkan kelemahan dan kelebihan tersendiri.Jadi gunakan kelebihan untuk melengkapkan kelemahan orang lain..meaning to say, sama membantu la.. Semangat dalam teamwork sangat2 penting dalam menuju kejayaan serta sifat kepimpinan dpt diterpkan dalam diri secara tak langsung.. Ok last, kita perlu berani melakukan sesuatu disertai dengan yakin. Kalau just berani tanpa keyakinan, xmenjadi jugak.. Am i right?? ok that is all for tonight. Bawah ni gambar ahli kem tadi, chumel kan!huhu

Thursday, 1 October 2015

P@nGGil@N

                                                   Assalammualaikum.. hye guys!! 
Hari ni aku nak berceloteh pasal "PANGGILAN". Juga dikenali sebagai nickname. Nickname ni ada pelbagai, sebagai contoh panggilan manja, panggilan ganas, panggilan yang gila, panggilan yang sempoi dan etc. Panggilan manja ni bagi orang yang mempunyai hubungan yang sangat akrab macam family or special one. Contoh yang aku tahu macam adik sebb aku adik.Al-maklum anak bongsu..tapi perwatakkan aku rase xmacam adik..Orang lain mesti akan cakap aku sulung..mungkin nampak aku matang kot..maybe(hakikatnya ya:P)..haha, dan aku rasa panggilan adik tu manja.. dan lagi satu panggilan yang aku rasa manja "LY" sebab aku rase simple bile nk panggil. nk chat pon senang taip.. haha..tp bukan sume orang boleh aku bahasekan diri aku 'LY'..orang yang tertentu je.yang selalunya aku bahasakan LILY.. Aku pon ada panggilan ganas. cer teke ape klu penjaga kawasan??? tak lain dan tak bukan mestilah "KAKYONG". Since sekolah menengah lagi org pggil kakyong dan still now panggilan tu kekal. Dulu aku ketua pelajar. NAk kata ganas, gengster tu, adelahh sikit..(sebenarnye banyak)..haha.. mase dekat matrik pon aku pegang jawatan ketua blok.. sebenrnye panggilan tu aku dpt sebb suara aku yang semula jadi kuat.. aku klu bercakap dalam dewan, xpayah pakai mikrofon pon xpe..orang belakang boleh dengar.. hahaha.. dan sekarang aku dah terbiase dengan panggilan Kakyong tu. ade jugak pensyarah ckp, mana kakyong penjaga kawasan?? :D lawakk baiii.. So, kenapa dengan panggilan?? kesimpulannya, sesetengah panggilan menunjukkan perwatakan diri anda.. tapi xsemua begitu!! panggil la apa pun selagi nickname tu ok bgi diri kita. try create one nickname.. panggillan yang paling bagus untuk dipanggil adalah nama anda sendiri.kerana merupakan satu nama yang diberi oleh orang yang tiada ganti dalam dunia ini iaitu IBUBAPA kita kerana nama yang diberi mempunyai maksud yang tersirat ;).. WAssalam.. jumpa lagi di lain aksara>> bye.

Wednesday, 30 September 2015

MenToR

Assalammualaikum..hye guys, nak share cerita sikit pasal kenangan aku.. :P
Malam ni aku nak share pasal title "MENTOR".. Actually aku sendiri wonder why 'perlu ke jumpa mentor', macam xdek function je. Then, bila aku pergi jumpa mentor masa aku belajar di KoLej Matrikulasi perlis, aku baru sedar yang aku perlukan bimbingan, khidmat nasihat dan motivasi daripada someone iaitu mentor aku. Dulu, nama mentor aku, Puan Husni. Dia pensyarah unit Biologi. see?? xdek kene mengena pon dengan aku sebab course aku accounting kot.Tapi, aku tekankan perkataan 'TAPI' sebab penting untuk aku nak explain. Even dia xdek mengena dengan course aku, dia juga seorang manusia yang mempunyai sifat penyayang. Itu yang penting tambahan seorang perempuan, seorang ibu pula tu. Lagi la double triple sifat yang dianugerahkan Allah S.W.T. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dipertemukan dengan dia. Puan Husni baik sangat. Aku kerap berjumpa dengan dia kalau ada masalah. Seriously, kita kene jaga hubungan dengan mentor kita sebab dia umpama penjaga kita kat situ. Actually ade related dengan life kita. Macam sir Azzwan ckp, dia macam ade something special klu kita jaga hubungan ni. Ibarat mereka ni parent kita yang kedua la. Mereka mendoakan kejayaan kita juga. Masa last belajar di KMP, aku jumpa dia, just nak ucap tq sebb caring sangat pasal aku. Menangis kot...haha.Still sampai sekarang aku contact dia.:). So now, aku ada mentor baru dekat UKM, nama dia Prof.Madya Dr. Rahayu. Esok baru nak pergi berjumpa. Semoga aku dapat jaga hubungan aku dengan dia juga seperti mana aku dengan mentor lama aku. that's all for tonight!! bye.. Wassalam. chop!!! ni mentor aku yang lama.. nampak baik kan...yess!! Comelll..

Friday, 25 September 2015

PerSahaBaTaN

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan. Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir. Tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Seorang sahabat adalah seorang yang tahu akan kekuranganmu tetapi menunjukkan kelebihanmu. Dia yang tahu ketakutanmu tetapi menunjukkan keberanianmu. SAHABAT akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh. Saya beri analoginya disini, "PERSAHABATAN  seperti tangan dengan mata, saat tangan terluka, mata akan menangis.Saat mata menangis tangan akan menghapuskannya. Jadi di sini jelaslah bahawa kita sangat memerlukan seorang sahabat di dalam hidup sama sepeti aku kerana sahabatlah  yang akan mendorong kita untuk naik ke atas menuju kejayaan dan sentiasa memberi kata-kata semangat di saat kita rebah jatuh ke bumi, membantu kita untuk bangkit semula demi meneruskan kehidupan menuju keredhaan ALLAH S.W.T. Sahabat aku kini berada di MEsir, course MEdic..wow!! Aku bangga ada sahabat yang boleh pergi jauh. Dialah yang mendorong aku untuk berjaya sehingga aku terpilih untuk menjadi seorang pelajar UKM. DUlu, aku selalu nk fight dia, dia pandai. Then, aku berjaya juga pintas dia semasa SPM.HAHAHA... HOPE HUBUNGAN KAMI KEKAL UNTIL JANNAH..IN SHAA ALLAH.Teman VS Sahabat:- Teman akan menikammu dari belakang, Sahabat akan menamparmu dari depan. Teman akan menceritakan keburukkanmu, Sahabat akan kunci mulutnya dengan kesalahanmu dan menerima kekuranganmu. Seribu teman datang saat kamu tertawa, Sahabat akan datang saat berderainya air matamu. A GOOD FRIEND HELPS YOU UP WHEN YOU FALL, A BEST FRIEND LAUGHS IN YOUR FACE AND TRIPS YOU AGAIN. A GOOD BOOK IS GREAT FRIENDS!!!! LIKE YOU MY FRIENDS. AKU TUNGGU UNTUK BERSUA DENGANMU.

ObSes

Assalammualaikum semua..Aku nak share tentang "OBSES". Apa yang Aku obses?? SOFTBALL!!! Begini ceritanya. Aku join Sukan SoftbALL start Form 3.. Mase tu aku jadi berminat dengan sukan tu and i don't know why. Cikgu train team aku very hard way.. Sekali bola menyentuh TANAH, denda mesti kami terima contohnya bumping. Bukan sekali dua,berpuluh kali!! Sometimes aku rasa give up. But my brother support sebab dia pon team Softball As pitcher. Then, aku teruskan sampailah terpilih untuk menyertai perlawanan bawah 18tahun peringkat daerah. Ya, dengan latihan yang cukup memenatkan tetapi tidak pernah mematahkan semangat aku untuk teruskan bermain Mase tu aku rasa wow!!!! excited sangat! For the first time, lihat pada suasana perlawanan membuatkan diriku teruja dan seterusnya jadi obses dengan sukan tu sehingga aku terpilih untuk menjadi wakil peringkat Kebangsaan. Trust Me, sangat BEST!! I have learn about teamwork, skills and communicate with others very well. Actually bila diri telah obses, tiap kali ada game Softball, aku mesti turun padang. Sehinggalah saat ini, aku continue with Degree, aku still obses dengan sukan Softball dan masih bermain kerana aku tahu betapa have fun sukan ini. Glove masih kurasa tersarung di tangan untuk manangkap bola.I'm a CATCHER Tidak mustahil anda juga akan obses apabila anda tahu bermain SOFTBALL. That's all yang aku nak share. Wassalam