Friday, 16 October 2015

BeB@n!!!!!

Assalammualaikum, mornink guys.!!!

Marilah bersama2 kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana kita masih bernafas untuk hari ini. ALHAMDULILLAH.

Baiklah, minggu ni aku diberi tajuk "Beban". Apa yang aku nak story pasal beban??  Beban, bagi aku beban ni satu tanggungan yang kau rasa berat untuk kau pikul dan laksanakan. Ok, aku story pasal beban yang aku tanggung ye. Dalam family, aku paling bongsu, Aku dah bagitau dalam blog sebelum  ni. Dan aku akhirnya berjaya menjejaki kaki di alam Universiti untuk sambung menuntut ilmu daripada adik-beradikku yang lain yang tidak berpeluang untuk sambung belajar. Apa perasaan kau bila family letak harapan yang tinggi pada kau? Mesti kau rasa beban kan nk pikul... Bagi aku x!! Aku anggap tu sebagai tanggungjawab aku ke atas family aku. Aku ingin menjadi salah seorang anak yang boleh mengubah nasib keluarga. cuma sekarang ni terasa bebannya bila aku terlalu aktif sama seperti sebelum ni mase aku di sekolah n di matriks dulu. Aku sekarang tengah training untuk sofbol. Hari Sabtu dah nak fight. Aku jadi coach untuk team aku. dengan blok n sispa lagi..belum termasuk dengan pelajaran lagi.Setiap daripada tu aku ada jawatan(tanggungjawab) yang aku kene laksanakan.. seyesly beb aku terase beban sangat dalam diri aku. Aku rasa mcam xdek mase nak study.padahal exam nak dekat dah..akhir bulan ni kot..terkejar aku boleh mengah ase.. kau bayangkan nak bagi komitmen yang tinggi dalam semua perkara. Honestly aku bagitau, kadg2 aku rasa xmampu and terbeban gilerr..Gila la aku cakap klu aku xpernah mengeluh... Tpi ALHAMDULILLAH Allah permudahkan urusanku. Tahu x sebab ape aku boleh ikut je angin dia. INI SEMUA BERGANTUNG PADA NIAT KAU TERHADAP SESUATU PERKARA. Macam aku lah, aku train sofbol turun padang, niat aku train dyorg bukan lah untuk kemenangan semata2, tapi aku nak share ilmu aku pada dyorang. Macam aku cakap sebelum ni, kemenangan n kejayaan kau, xsemestinya kau ni hebat.... Jadi yang pertama Nawaitu kau kene betul.!!! Beban?? kau janganlah anggap sesuatu kerja atau tanggungjawab tu sebagai satu beban. Tapi anggaplah ia satu ujian n dugaan dalam hidup kau. Sebab kita xtahu hikmah disebalik semua tu. Aku berpegang pada satu prinsip dimana ia merupakan ayat AL-QURAN yakni Dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 mengatakan bahawa:

Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) "Ya tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau salah. Ya tuhan kami, Janganlah Engkau bebankan kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang  yang sebelum kami. Ya tuhan kami, Janglah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup  kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

No comments:

Post a Comment