Tuesday, 15 December 2015

Prolog

Assalammualaikum.. hye semua.. maaf aritu terlelap.. hihi.. So i ganti hari ni ok.. Kali ni nak cerita tentang "PROLOG".. Ade yang tahu dan ade yang tidak tahu akan maksud prolog ni. i terangkan secara ringkas maksud prolog ialah pendahuluan sesebuah cerita. Hah, yang macam novel tu, ade prolog cerita sebelum masuk babak 1. Baca x??(mesti baca kan). It's seem like prolog ni ceritakan apa yang akan berlaku dalam sesebuah cerita dalam novel tersebut. So, i bukan nak berceloteh macam dalam novel tu. I just want to tell apa prolog dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah( berbalik pada diri sendiri). Sejak kita berada dalam perut ibu, sudah tercatat segala jalan cerita tentang diri kita. Dari kita xtahu apa2 tentang dunia, semakin kita menongkah arus masa dan usia yang kian meningkat, kita akan mula belajar satu demi satu. Itulah awal permulaan kita dari mengesot hinggalah kita bertatih. Dari menangis hendakkan sesuatu hingga kita pandai bersuara untuk meminta. Itulah lumrah manusia dan ianya normal. Bagi diriku, aku mula belajar berdikari selepas dia pergi mengadap Allah. Dan bermula saat itu, aku melanjutkan pengajianku dengan harapan aku dapat mengubah nasib keluargaku dan berbakti pada mereka selagi mampu. Akan ku gembleng tenaga dan perah kudrat yang ada demi orang yang ku sayang. Bagaimana perasaan jika family meletakkan harapan yang tinggi kepada kita yang satu-satunya dapat melangkah untuk terus ke menara gading? Biarkan ia menjadi persoalan kepada anda.

No comments:

Post a Comment