Hari ni aku nak berceloteh pasal "PANGGILAN". Juga dikenali sebagai nickname. Nickname ni ada pelbagai, sebagai contoh panggilan manja, panggilan ganas, panggilan yang gila, panggilan yang sempoi dan etc. Panggilan manja ni bagi orang yang mempunyai hubungan yang sangat akrab macam family or special one. Contoh yang aku tahu macam adik sebb aku adik.Al-maklum anak bongsu..tapi perwatakkan aku rase xmacam adik..Orang lain mesti akan cakap aku sulung..mungkin nampak aku matang kot..maybe(hakikatnya ya:P)..haha, dan aku rasa panggilan adik tu manja.. dan lagi satu panggilan yang aku rasa manja "LY" sebab aku rase simple bile nk panggil. nk chat pon senang taip.. haha..tp bukan sume orang boleh aku bahasekan diri aku 'LY'..orang yang tertentu je.yang selalunya aku bahasakan LILY.. Aku pon ada panggilan ganas. cer teke ape klu penjaga kawasan??? tak lain dan tak bukan mestilah "KAKYONG". Since sekolah menengah lagi org pggil kakyong dan still now panggilan tu kekal. Dulu aku ketua pelajar. NAk kata ganas, gengster tu, adelahh sikit..(sebenarnye banyak)..haha.. mase dekat matrik pon aku pegang jawatan ketua blok.. sebenrnye panggilan tu aku dpt sebb suara aku yang semula jadi kuat.. aku klu bercakap dalam dewan, xpayah pakai mikrofon pon xpe..orang belakang boleh dengar.. hahaha.. dan sekarang aku dah terbiase dengan panggilan Kakyong tu. ade jugak pensyarah ckp, mana kakyong penjaga kawasan?? :D lawakk baiii.. So, kenapa dengan panggilan?? kesimpulannya, sesetengah panggilan menunjukkan perwatakan diri anda.. tapi xsemua begitu!! panggil la apa pun selagi nickname tu ok bgi diri kita. try create one nickname.. panggillan yang paling bagus untuk dipanggil adalah nama anda sendiri.kerana merupakan satu nama yang diberi oleh orang yang tiada ganti dalam dunia ini iaitu IBUBAPA kita kerana nama yang diberi mempunyai maksud yang tersirat ;).. WAssalam.. jumpa lagi di lain aksara>> bye.


No comments:
Post a Comment