Assalammualaikum..
Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Hari ini aku ingin menceritakan perihal "Sesal". Ada kaitan dengan jerebu. Jerebu??? Ramai yang wonder why bagaimana jerebu boleh berlaku. Dari segi saintifiknya, Jerebu ialah satu fenomena di mana habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul di udara, menyebabkan jarak penglihatan yang semakin berkurangan.Ia akan menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya sistem pernafasan. Jerebu berlaku disebabkan kejadian alam atau perbuatan manusia sendiri seperti pembakaran terbuka boleh mengundang kepada jerebu.
Seperti yang kita nampak pada hari ini di Malaysia, tahap pencemaran udara berada dalam kategori yang merbahaya. Lihat gambar dibawah:
(Kuala Lumpur)Nauzubillah... Teruk kan?? Skala ini di bawah menunjukkan klasifikasi yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
| IPU | Tahap Pencemaran Udara |
|---|---|
| 0 - 50 | Baik |
| 51 - 100 | Sederhana |
| 101 - 200 | Tidak Sihat |
| 201 - 300 | Sangat Tidak Sihat |
| 301+ | Merbahaya |
Wahai sidang pembaca yang saya kasihi,
Pada hari ini, adakah kita sedar bahawa disebalik jerebu itu, tersirat satu amaran dan teguran buat manusia di muka bumi. Bagi orang islam, mereka percaya akan berlakunya "Hari Kiamat". Ya! Jika kita perhatikan dunia masa ini, kita sebenarnya sudah semakin dekat dengan Hari tersebut. Adakah kita telah bersedia untuk berhadapan dengan hari itu??? Mari kite renungkan sebentar, manusia kini terlalu mengejar duniawi. Cuba kita tanya dalam diri kita. Selama aku hidup ni,apa yang dah aku sumbangkan untuk agama Allah??Astaghfirullah, satu baris ayat yang sangat bermakna, pertanyaan yang xmampu untuk kite jawab. Apa yang cuba saya terangkan di sini bahawa kejadian jerebu ini adalah salah satu perkara di mana kiamat sangat dekat. Kiamat akan datang sewaktu asap berkumpul di bumi selama 40hari. Bayangkan dalam keadaan yang kabur ini , apabila ia sudah hilang dan jelas, kita dapati bahawa matahari telah bertukar kedudukan. Nauzubillah, bagaimana kita nak hadapi perkara itu. Sebagai seorang mukmin, kita tahu akan maksudnya jika matahari berubah arah yakni amalan kebajikan yang kita lakukan sudah tidak dikira. Kalau nak menyesal,menangis sampai banjir pon dah xdek guna dah. Jadi marilah semua ambil iktibar. Sedarlah bahawa kita tak lama dah. Bumi ni dah terlalu uzur. Peringatan buat diri dan juga semua. Lebih baik menyesal sekarang. Belum terlambat lagi saudaraku sekalian. Menangislah sekarang dengan taubat kepadaNya. Dari Dia kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali. Marilah sahabatku semua, kita muhasabah diri kita. Janganlah terlalu leka dengan dunia ini sebab tu semua hanya sementara. Dunia ni tempat persinggahan. Aku sayang anda semua sebagai saudara sesama islam, Jadi, ambil lah peringatan ini buat kita bersama2 ya.
“Dunia adalah tempat ujian, di mana ia merupakan tempat dalam menentukan kesudahan hari akhirat.”

No comments:
Post a Comment