Friday, 30 October 2015

M@k@n@n___Slurpp!!!!

Assalammualaikum...
Hye guys!!! Dah pagi bute ni mule la perut nak mainkan lagu jiwang.. erm.. kalau nak cite pasal makanan ni.. banyak beb jadi favourite aku... Tapi paling aku gemari >>> ni ha "Kueh Tiow".. perghh..dah banyak destinasi aku try kueh tiow goreng dia tapi tak setanding dengan kueh tiow goreng kat pasar malam tempat aku.. Ramuan ape la yang dyorang pakai.. Turun temurun kot.. Aku akan alami situasi di mana bila nak pergi makan kedai, aku akan pikir semasa dalam perjalanan. Persoalan yang pertama 'Aku nak makan apa jap lagi??' even aku set mind nak order nasi goreng ayam la nt, tapi bile smpai konpem wei, lidah aku akan sebut kueh Tiow.. Waduhhhh, sampai aku sendri pon xpaham with myself. tak bosan ker hadap mende yang sama tiap kali makan kedai sampai mak aku marah aku kot soh order mende lain...Serius, aku xtau nak order ape selain kueh tiow. But dah duduk ukm ni. Aku xorder dah mknn tu lagi sebab ape.. aku dapat kuantiti yang xmemuaskan dengan harganya yang mahal dan tak kenyang weiiiii... baik beli at kawasan rumah aku..puas hati.. Rindu masakan warong Atan. So, sekarang ni aku minat beli NAsi Goreng Chicken chop dekat kkm..weyh.. puas giler dan memang kenyang!!!..Try la makan!!!huhuhu..Dulu masa dekat matrik tak habes2 dengan Nasi kamdar.. serius sedap.. Tapi sesedap mane pon makanan yang dyorang masak xkan mampu mengalahkan masakan air tangan seorang ibu... warghhhhhhh:( .. tak sabar nak balik..Rindu masakan ibuku..Sabar.. berapa hari je lagi kan...hihi..ok la Tido dulu..tata titi tutu..Wassalam.

Saturday, 24 October 2015

@Lh@mDuLiLL@h :) (SUKEM)

Assalammualaikum teman-teman.
Semoga Allah merahmati ke atas kamu pada hari ini.;)


Pada hari ini, 24 Oktober 2015. Aku dan team aku beroleh kemenangan dalam sukan sofbol. Beroleh tempat ketiga.
Hari ni best gilerrr lawan, puas hati sangat2 sebab setiap orang main peranan and better than minggu lepas punya game. 3 in 3 out kot hari ni main. Memang tak disangka masa lawan dengan KAB, kiteorang kejar mate 11-9. Tapi kan paling terharu, tukang support la.. Team Kajai n KKM saling support antara satu sama lain. And yang paling kelakar, kteorang beroleh kemenangan bersama. KRK&KKM. Guys!! seminggu sebelum game, kteorang train bersama2 dan tub2, dapat kedudukan yang sama. TERBAIK ARHH!!!!! Mase game first sedih, xdek orang support langsung kajai-_-. Mase game KKM vs KPZ. dyorang kalah tau and manager dy jumpa aku cakap macam ni " Yong, kteorang letak harapan team kau untuk pergi Final, bawak semangat KKM". Perggghhh , besar harapan dyorang. Second last game, KRK vs KTDI.. ha yang ni sengit giler perlawanan, first pusingan kteorg xbagi mate at dyorg. Hamek kau! then second game 3-3. seri tau! masuk la pusingan ketiga(game kteorang lama, sepatutnya dua pusingan je), guys, mase last tu, nak menang dah ni mase batting , dua dah down, tinggal satu je lagi, aku la tuhh. Aku pon geram punya pasal bola Pitcher tuh, hamek kau!outfield aku kasi. Nak home run la ni, then aku lari lahhh, nak smpai home dah ni...tub tub, akhirnye bola at catcher depan mate aku, nak xnak aku kene patah balik.. beb, licin wei kasut sebab kasut sport yang bese je, then aku jatuh dan kene tag. then 'OUT'. Aku rasa sayang giler tadi, klu teruskan pon ok dah. Tapi catcher dy memang hebat catching. So kay la.. empayar pon dah terkejut ni, klu dpt homerun tdi, kene pusingan lagi la.. masak wei.. tapi xpe. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana beroleh kemenangan dan dapat jalinkan ukhuwah yang lebig erat kami satu pasukan kajai dan dengan team KKM. ok, continue next week.. ketemu lagi ya.. Wassalam


Wednesday, 21 October 2015

Ses@L -_-

Assalammualaikum..
Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Hari ini aku ingin menceritakan perihal "Sesal". Ada kaitan dengan jerebu. Jerebu??? Ramai yang wonder why bagaimana jerebu boleh berlaku. Dari segi saintifiknya, Jerebu ialah satu fenomena di mana habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul di udara, menyebabkan jarak penglihatan yang semakin berkurangan.Ia akan menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya sistem pernafasan. Jerebu berlaku disebabkan kejadian alam atau perbuatan manusia sendiri seperti pembakaran terbuka boleh mengundang kepada jerebu.
Seperti yang kita nampak pada hari ini di Malaysia, tahap pencemaran udara berada dalam kategori yang merbahaya. Lihat gambar dibawah:
                                          (Kuala Lumpur)

Nauzubillah... Teruk kan?? Skala ini di bawah menunjukkan klasifikasi yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

IPUTahap Pencemaran Udara
0 - 50Baik
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
301+Merbahaya

Wahai  sidang pembaca yang saya kasihi,
Pada hari ini, adakah kita sedar bahawa disebalik jerebu itu, tersirat satu amaran dan teguran buat manusia di muka bumi. Bagi orang islam, mereka percaya akan berlakunya "Hari Kiamat". Ya! Jika kita perhatikan dunia masa ini, kita sebenarnya sudah semakin dekat dengan Hari tersebut. Adakah kita telah bersedia untuk berhadapan dengan hari itu??? Mari kite renungkan sebentar, manusia kini terlalu mengejar duniawi. Cuba kita tanya dalam diri kita. Selama aku hidup ni,apa yang dah aku sumbangkan untuk agama Allah??Astaghfirullah, satu baris ayat yang sangat bermakna, pertanyaan yang xmampu untuk kite jawab. Apa yang cuba saya terangkan di sini bahawa kejadian jerebu ini adalah salah satu perkara di mana kiamat sangat dekat. Kiamat akan datang sewaktu asap berkumpul di bumi selama 40hari. Bayangkan dalam keadaan yang kabur ini , apabila ia sudah hilang dan jelas, kita dapati bahawa matahari telah bertukar kedudukan. Nauzubillah, bagaimana kita nak hadapi perkara itu. Sebagai seorang mukmin, kita tahu akan maksudnya jika matahari berubah arah yakni amalan kebajikan yang kita lakukan sudah tidak dikira. Kalau nak menyesal,menangis sampai banjir pon dah xdek guna dah. Jadi marilah semua ambil iktibar. Sedarlah bahawa kita tak lama dah. Bumi ni dah terlalu uzur. Peringatan buat diri dan juga semua. Lebih baik menyesal sekarang. Belum terlambat lagi saudaraku sekalian. Menangislah sekarang dengan taubat kepadaNya. Dari Dia kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali. Marilah sahabatku semua, kita muhasabah diri kita. Janganlah terlalu leka dengan dunia ini sebab tu semua hanya sementara. Dunia ni tempat persinggahan. Aku sayang anda semua sebagai saudara sesama islam, Jadi, ambil lah peringatan ini buat kita bersama2 ya.

“Dunia adalah tempat ujian, di mana ia merupakan tempat dalam menentukan kesudahan hari akhirat.”

Friday, 16 October 2015

BeB@n!!!!!

Assalammualaikum, mornink guys.!!!

Marilah bersama2 kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana kita masih bernafas untuk hari ini. ALHAMDULILLAH.

Baiklah, minggu ni aku diberi tajuk "Beban". Apa yang aku nak story pasal beban??  Beban, bagi aku beban ni satu tanggungan yang kau rasa berat untuk kau pikul dan laksanakan. Ok, aku story pasal beban yang aku tanggung ye. Dalam family, aku paling bongsu, Aku dah bagitau dalam blog sebelum  ni. Dan aku akhirnya berjaya menjejaki kaki di alam Universiti untuk sambung menuntut ilmu daripada adik-beradikku yang lain yang tidak berpeluang untuk sambung belajar. Apa perasaan kau bila family letak harapan yang tinggi pada kau? Mesti kau rasa beban kan nk pikul... Bagi aku x!! Aku anggap tu sebagai tanggungjawab aku ke atas family aku. Aku ingin menjadi salah seorang anak yang boleh mengubah nasib keluarga. cuma sekarang ni terasa bebannya bila aku terlalu aktif sama seperti sebelum ni mase aku di sekolah n di matriks dulu. Aku sekarang tengah training untuk sofbol. Hari Sabtu dah nak fight. Aku jadi coach untuk team aku. dengan blok n sispa lagi..belum termasuk dengan pelajaran lagi.Setiap daripada tu aku ada jawatan(tanggungjawab) yang aku kene laksanakan.. seyesly beb aku terase beban sangat dalam diri aku. Aku rasa mcam xdek mase nak study.padahal exam nak dekat dah..akhir bulan ni kot..terkejar aku boleh mengah ase.. kau bayangkan nak bagi komitmen yang tinggi dalam semua perkara. Honestly aku bagitau, kadg2 aku rasa xmampu and terbeban gilerr..Gila la aku cakap klu aku xpernah mengeluh... Tpi ALHAMDULILLAH Allah permudahkan urusanku. Tahu x sebab ape aku boleh ikut je angin dia. INI SEMUA BERGANTUNG PADA NIAT KAU TERHADAP SESUATU PERKARA. Macam aku lah, aku train sofbol turun padang, niat aku train dyorg bukan lah untuk kemenangan semata2, tapi aku nak share ilmu aku pada dyorang. Macam aku cakap sebelum ni, kemenangan n kejayaan kau, xsemestinya kau ni hebat.... Jadi yang pertama Nawaitu kau kene betul.!!! Beban?? kau janganlah anggap sesuatu kerja atau tanggungjawab tu sebagai satu beban. Tapi anggaplah ia satu ujian n dugaan dalam hidup kau. Sebab kita xtahu hikmah disebalik semua tu. Aku berpegang pada satu prinsip dimana ia merupakan ayat AL-QURAN yakni Dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 mengatakan bahawa:

Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) "Ya tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau salah. Ya tuhan kami, Janganlah Engkau bebankan kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang  yang sebelum kami. Ya tuhan kami, Janglah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup  kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

Wednesday, 14 October 2015

Per!h@L SeM@l@m

Assalammulaikum kepada warga pembaca yang  di kasihi..

Sebelum mata mula beradu..huhu tido sunat., aku ingin menceritakan apa yang terjadi semalam. Dan aku anggap ini adalah dugaan buat diriku dan peringatan untuk semua. Sila ambil apa yang akan aku ceritakan ini sebagai iktibar. Pagi mcm biaselah dengan Mr. Sempoi. Ada je topik untuk dijadikan bahan gurauan.. Aku jenis xkesah pon dgn dia tu. The next class was so bored and mengantuk..adat la tu ye..huhu.. mungkin sebab Lecturer asyik cakap je kot sorang2.,but she is really nice person.,lembut la kirenye. After keluar kelas dia, aku berkejar nak siapkan assignment akaun untuk submit today dekat surau. Fuhh, sejuk giler, ase macam dekat UK. Then, aku keluar selepas siapkan task. Aku rasa mcam bling bling tingtong. mungkin sebab perbezaan suhu antara persekitran..yela, manakan tidaknya, dri tempat sejuk terus ke warm environment. Boleh demam tau x!! Dah antar task, kononnya nak balik. tggu bas, otak jadi blurr sungguh, xterpikir pon bas Zon 2 akan berhenti smpai Zaba. terlelap dlm bas, terpinga apesal semua dah turun ni.. so bergegas la turun smpai buku Akaun tertinggal dlm bas..Mahal tau beli... then kene turun bukit, ade bas lagi Zon 6. ingat lalu Kolej aku. aku pon dengan selambenye naik la.. Last2 terus pergi KTM.. alahai, kene tunggu 30 min. Ape la aku ni, mamai kot plus pening kepala. akhirnya sampai Kolej dengan perasaan sedih buku hilang. Lepas solat, ade org ws, ckp pasal buku. ALHAMDULILLAH.. Allah permudahkan urusan aku. aku dapat semula buku tu ..terima kasih kepada ihsan yg baik hati... Jadi dekat sini aku nak tekankan, Apabila kamu didatangi dengan kesusahan atau kepayahan, anggaplah ia sebagai ujian Allah buat kamu dan dugaan dalam hidupmu. Sesungguhnya Allah ingin menguji kesabaranMu dan DIA tak meminta kamu apa2 harta kecuali doa kepadaNya. Jadi jika kita anggap sebagai dugaan, automatik, kita akan berfikiran positif terhadap perkara itu. Masa aku hilang buku, aku just anggap" jika buku itu tidak datang balik kepadaku, sesungguhnya itu adalah milik Allah. Dan aku hanya meminjam termasuk nyawa aku.Jadi aku redha dengan dugaan yang diberi.. Allah berhak untuk tarik semula pada bila2 masa yang DIA mahu.. Sesungguhnya Allah tidak akan memberi sesuatu dugaan kepada hambaNya melainkan hambaNya itu mampu mengharunginya". Jadi, ingat Tuhan kita sentiasa ada tak kira pada waktu senang dan susah,,kita perlu ingat pada TUHAN pentadbir alam semesta. SUBHANALLAH

Sunday, 11 October 2015

L@DIeS!!!


Assalammualaikum.. 
haiiyaaa ladies and gentlemen haa..ari ni wo malu celita..-paham x?? ok xpaham ea? ari ni wa nak citer sikit. Pagi tadi wa ade dua program, satu senamrobik dekat tasik Cempaka bersama ahli keluarga silat Gayong. Tapi wa lebih memilih untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga baru. Nampak x gambar atas tu!! tu la family baru wa dalam game "SOFBOL". Wa dilantik secara tidak langsung untuk jadi coach memandangkan xdek senior dah dalam kolej wa untuk game ni..sedihh wooo!! legend kami sudah grade. So nak xnak wa lah yang kene train dyorg. Pagi tadi kiteorg buat game. Ada dua kolej, kolej wa & KKM. Tapi sayangnye, tak dek sorang pon tahu peraturan sebenar dlm sofbol..meaning to say la, untuk jadi empayar. Ada ja budak sukan lelaki waktu tu, pon xtau jugak. So, wa lah jadi empayarnye dan dlm mase yg sama, wa explain cara nak main. Kita janganlah kedekut ilmu. ye dokk??haha, sesetengah orang, sebab nak menang punya pasal, just share untuk team dy je. Bro and Sis, wa nak kasi tahu sikit, kemenangan xbermakna yang kita ni tak hebat. Sebab kadang2 ikut nasib jugak kan. Tapi best lar, bile wa dpt share ilmu main sofbol ni, wa rase puas. Ingat tau, lagi banyak kite memberi, lagi berdouble triple yang kita akan dapat. Wa ajar orang dan wa juga belajar untuk paham team wa macam mane untuk buat strategi. Training waktu petg tadi kire buat yang santai je. Have fun je..!! Then Mr.P ade datang tengok tau. Wa xdek la segan mane n dy. Lagipon dy dah tahu kot wa ni macam mne..haha. Show the real of you. Jangan jadi Hipokrit ye..hahaha..deep meaning tu..  Ok lah..stop la smpai situ.. Badan pon dah lenguh.. Nak sambung buat assignment..bye! Jumpa lagi ye Ladies and Gentlemen. Tajuk Ladies tu sebab budak aku suka panggil nama tu..huhu..tata titi tutu..

Saturday, 10 October 2015

10.10.

Assalammualaikum and selamat malam.. ... 
Hari ni aku nak share pasal tittle "10.10."... amende '10.10.' tu??? tu tarikh hari ni la...10 Oktober kan...okey.. Pertama-tamanya aku nak cakap  hari ni best gilerrr... macam ni haa(thumbs up)!!!!kihkih.. Tarikh 10.10, aku buat aktiviti jungle tracking tadi tau.. abes tangan aku calar balar... aduiyaii...luka at tangan..pedihhh(muke tahan sakit).tapi xpela dapat menghiburkan hati yang lara..haha..gurau je.. mase jungle tracking tadi, aku mandi lumpur kot, balik ni je dah dua baldi aku salin sebab nk buang lumpur tu.. actually ni kem interaksi ___. Next, EXPLORACE. mase ni group aku geram dengan sorang mamat ni(senior kteorang). Macam biasa lah, each group diberi belon untuk dijaga, abes checkpoint yang first, kteorg gerak cari yang second. kteorg nampak ade senior dok situ pegang kertas. So, pergilah tanya, "checkpoint ker?", dy blur tp angguk. Padahal kteorg kene tipu kot dan dalam mase yang same, belon disabotaj kejamm, ditepis tangan and then belon pon pecah. geram bak angggg!!!! haha, aku pon cool down kan budak2 aku.aku geram gak, ase nak tibai je dy. tp bak kata "MR. SEMPOI" ,kene la rasional even sebelah je..huhu..Lagipon, mende dah jadi kan, xleh nak buat apa lar. Just go on with other station and finish it to the end. Mase last checkpoint, kteorg kene berlakon. Tajuk dia"PLAYGIRL".. wooo, seyesly, aku xpernah berlakon gedik.. Aku rase macm, eh aku ke tadi??. seyes weii lawakk bhai. Tambahan dpt budak group yang giler2 jugak.. so memg menjadi la perwatakan kami..Semalam pon berlakon juga tajuk 'KAYU'..JOHAN BEB!!haha..sir ooo sirr.. johan xpenting kan??haha..yang ni yang penting 'KOMITMEN'!! So, konklusinya, apa yang aku dapat dari kem ni, dalam kite membina sebuah ukhuwah yang kukuh, setiap orang perlu memainkan peranan masing2. Setiap orang dianugerahkan kelemahan dan kelebihan tersendiri.Jadi gunakan kelebihan untuk melengkapkan kelemahan orang lain..meaning to say, sama membantu la.. Semangat dalam teamwork sangat2 penting dalam menuju kejayaan serta sifat kepimpinan dpt diterpkan dalam diri secara tak langsung.. Ok last, kita perlu berani melakukan sesuatu disertai dengan yakin. Kalau just berani tanpa keyakinan, xmenjadi jugak.. Am i right?? ok that is all for tonight. Bawah ni gambar ahli kem tadi, chumel kan!huhu

Thursday, 1 October 2015

P@nGGil@N

                                                   Assalammualaikum.. hye guys!! 
Hari ni aku nak berceloteh pasal "PANGGILAN". Juga dikenali sebagai nickname. Nickname ni ada pelbagai, sebagai contoh panggilan manja, panggilan ganas, panggilan yang gila, panggilan yang sempoi dan etc. Panggilan manja ni bagi orang yang mempunyai hubungan yang sangat akrab macam family or special one. Contoh yang aku tahu macam adik sebb aku adik.Al-maklum anak bongsu..tapi perwatakkan aku rase xmacam adik..Orang lain mesti akan cakap aku sulung..mungkin nampak aku matang kot..maybe(hakikatnya ya:P)..haha, dan aku rasa panggilan adik tu manja.. dan lagi satu panggilan yang aku rasa manja "LY" sebab aku rase simple bile nk panggil. nk chat pon senang taip.. haha..tp bukan sume orang boleh aku bahasekan diri aku 'LY'..orang yang tertentu je.yang selalunya aku bahasakan LILY.. Aku pon ada panggilan ganas. cer teke ape klu penjaga kawasan??? tak lain dan tak bukan mestilah "KAKYONG". Since sekolah menengah lagi org pggil kakyong dan still now panggilan tu kekal. Dulu aku ketua pelajar. NAk kata ganas, gengster tu, adelahh sikit..(sebenarnye banyak)..haha.. mase dekat matrik pon aku pegang jawatan ketua blok.. sebenrnye panggilan tu aku dpt sebb suara aku yang semula jadi kuat.. aku klu bercakap dalam dewan, xpayah pakai mikrofon pon xpe..orang belakang boleh dengar.. hahaha.. dan sekarang aku dah terbiase dengan panggilan Kakyong tu. ade jugak pensyarah ckp, mana kakyong penjaga kawasan?? :D lawakk baiii.. So, kenapa dengan panggilan?? kesimpulannya, sesetengah panggilan menunjukkan perwatakan diri anda.. tapi xsemua begitu!! panggil la apa pun selagi nickname tu ok bgi diri kita. try create one nickname.. panggillan yang paling bagus untuk dipanggil adalah nama anda sendiri.kerana merupakan satu nama yang diberi oleh orang yang tiada ganti dalam dunia ini iaitu IBUBAPA kita kerana nama yang diberi mempunyai maksud yang tersirat ;).. WAssalam.. jumpa lagi di lain aksara>> bye.