Wednesday, 30 September 2015

MenToR

Assalammualaikum..hye guys, nak share cerita sikit pasal kenangan aku.. :P
Malam ni aku nak share pasal title "MENTOR".. Actually aku sendiri wonder why 'perlu ke jumpa mentor', macam xdek function je. Then, bila aku pergi jumpa mentor masa aku belajar di KoLej Matrikulasi perlis, aku baru sedar yang aku perlukan bimbingan, khidmat nasihat dan motivasi daripada someone iaitu mentor aku. Dulu, nama mentor aku, Puan Husni. Dia pensyarah unit Biologi. see?? xdek kene mengena pon dengan aku sebab course aku accounting kot.Tapi, aku tekankan perkataan 'TAPI' sebab penting untuk aku nak explain. Even dia xdek mengena dengan course aku, dia juga seorang manusia yang mempunyai sifat penyayang. Itu yang penting tambahan seorang perempuan, seorang ibu pula tu. Lagi la double triple sifat yang dianugerahkan Allah S.W.T. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dipertemukan dengan dia. Puan Husni baik sangat. Aku kerap berjumpa dengan dia kalau ada masalah. Seriously, kita kene jaga hubungan dengan mentor kita sebab dia umpama penjaga kita kat situ. Actually ade related dengan life kita. Macam sir Azzwan ckp, dia macam ade something special klu kita jaga hubungan ni. Ibarat mereka ni parent kita yang kedua la. Mereka mendoakan kejayaan kita juga. Masa last belajar di KMP, aku jumpa dia, just nak ucap tq sebb caring sangat pasal aku. Menangis kot...haha.Still sampai sekarang aku contact dia.:). So now, aku ada mentor baru dekat UKM, nama dia Prof.Madya Dr. Rahayu. Esok baru nak pergi berjumpa. Semoga aku dapat jaga hubungan aku dengan dia juga seperti mana aku dengan mentor lama aku. that's all for tonight!! bye.. Wassalam. chop!!! ni mentor aku yang lama.. nampak baik kan...yess!! Comelll..

Friday, 25 September 2015

PerSahaBaTaN

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan. Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir. Tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Seorang sahabat adalah seorang yang tahu akan kekuranganmu tetapi menunjukkan kelebihanmu. Dia yang tahu ketakutanmu tetapi menunjukkan keberanianmu. SAHABAT akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh. Saya beri analoginya disini, "PERSAHABATAN  seperti tangan dengan mata, saat tangan terluka, mata akan menangis.Saat mata menangis tangan akan menghapuskannya. Jadi di sini jelaslah bahawa kita sangat memerlukan seorang sahabat di dalam hidup sama sepeti aku kerana sahabatlah  yang akan mendorong kita untuk naik ke atas menuju kejayaan dan sentiasa memberi kata-kata semangat di saat kita rebah jatuh ke bumi, membantu kita untuk bangkit semula demi meneruskan kehidupan menuju keredhaan ALLAH S.W.T. Sahabat aku kini berada di MEsir, course MEdic..wow!! Aku bangga ada sahabat yang boleh pergi jauh. Dialah yang mendorong aku untuk berjaya sehingga aku terpilih untuk menjadi seorang pelajar UKM. DUlu, aku selalu nk fight dia, dia pandai. Then, aku berjaya juga pintas dia semasa SPM.HAHAHA... HOPE HUBUNGAN KAMI KEKAL UNTIL JANNAH..IN SHAA ALLAH.Teman VS Sahabat:- Teman akan menikammu dari belakang, Sahabat akan menamparmu dari depan. Teman akan menceritakan keburukkanmu, Sahabat akan kunci mulutnya dengan kesalahanmu dan menerima kekuranganmu. Seribu teman datang saat kamu tertawa, Sahabat akan datang saat berderainya air matamu. A GOOD FRIEND HELPS YOU UP WHEN YOU FALL, A BEST FRIEND LAUGHS IN YOUR FACE AND TRIPS YOU AGAIN. A GOOD BOOK IS GREAT FRIENDS!!!! LIKE YOU MY FRIENDS. AKU TUNGGU UNTUK BERSUA DENGANMU.

ObSes

Assalammualaikum semua..Aku nak share tentang "OBSES". Apa yang Aku obses?? SOFTBALL!!! Begini ceritanya. Aku join Sukan SoftbALL start Form 3.. Mase tu aku jadi berminat dengan sukan tu and i don't know why. Cikgu train team aku very hard way.. Sekali bola menyentuh TANAH, denda mesti kami terima contohnya bumping. Bukan sekali dua,berpuluh kali!! Sometimes aku rasa give up. But my brother support sebab dia pon team Softball As pitcher. Then, aku teruskan sampailah terpilih untuk menyertai perlawanan bawah 18tahun peringkat daerah. Ya, dengan latihan yang cukup memenatkan tetapi tidak pernah mematahkan semangat aku untuk teruskan bermain Mase tu aku rasa wow!!!! excited sangat! For the first time, lihat pada suasana perlawanan membuatkan diriku teruja dan seterusnya jadi obses dengan sukan tu sehingga aku terpilih untuk menjadi wakil peringkat Kebangsaan. Trust Me, sangat BEST!! I have learn about teamwork, skills and communicate with others very well. Actually bila diri telah obses, tiap kali ada game Softball, aku mesti turun padang. Sehinggalah saat ini, aku continue with Degree, aku still obses dengan sukan Softball dan masih bermain kerana aku tahu betapa have fun sukan ini. Glove masih kurasa tersarung di tangan untuk manangkap bola.I'm a CATCHER Tidak mustahil anda juga akan obses apabila anda tahu bermain SOFTBALL. That's all yang aku nak share. Wassalam